Adik maut ditetak abang kandung

0
307

SEORANG lelaki maut akibat ditetak abangnya ketika sedang memasak di rumah mereka di Kampung Sungai Rual Melayu, Jeli, Kelantan awal pagi tadi.

Mangsa dipercayai diserang menggunakan sebilah pedang dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi.

Ketika kejadian, suspek yang berusia 30-an dipercayai mengalami kemurungan, secara tiba-tiba menyerang dan menetak adiknya di belakang leher.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin, berkata sebelum kejadian, mangsa yang berusia 30 tahun sedang memasak di dapur rumah mereka.

“Ketika itu, tiba-tiba suspek dikatakan datang dari arah belakang dan terus menetak adiknya dengan sebilah pedang menyebabkan mangsa mati di lokasi kejadian,” katanya.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here