[VIDEO] Maaf, tak sempat kemas semuanya – warga emas sebak hargai sukarelawan

0
332

MESKIPUN beberapa hari sudah berlalu selepas banjir melanda, penduduk masih bergelut untuk membersihkan kediaman masing-masing yang diselaputi lumpur tebal.

Kerja-kerja membersihkan kediaman yang dilanda banjir juga mengambil masa yang lama kerana kebanyakan rumah dipenuhi dengan lumpur, barang dan perkakasan tunggang langgang, perabot banyak yang rosak dan semua ini perlu dibawa keluar sebelum proses mencuci dapat dilakukan.

Oleh itu, bantuan-bantuan daripada sukarelawan amatlah dihargai oleh mangsa-mangsa banjir kerana mereka sendiri pun tidak mampu untuk membersihkan semuanya sendiri.

Ini sebagaimana perkongsian video di Twitter dari @e_pull yang merupakan antara sukarelawan yang menghulurkan bantuan dan khidmat kepada mangsa-mangsa banjir di Hulu Langat baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi 9 saat yang dikongsikan, dapat dilihat seorang wanita warga emas tidak dapat menahan air matanya selepas sekumpulan sukarelawan mengucapkan selamat tinggal dan beredar setelah membersihkan kediamannya yang dilanda banjir lumpur.

“Hari ni aku turun Hulu Langat Batu 19 untuk tolong apa yang mampu. Rumah makcik ni kami bersihkan sampai mak cik ni tak dapat tahan sedih kami tinggalkan.

“Maaf cik, kami tak cukup masa untuk kemas semuanya, dia bersuami tapi tak ada anak,” katanya.

Menurutnya, pada awalnya mereka tidak merancang untuk singgah di rumah makcik tersebut tapi kebetulan lalu di kawasan tersebut dan warga emas ini minta bantuan untuk mengemaskan rumahnya.

“Aku dan team memang tak ada plan nak singgah rumah makcik ni, kami kebetulan lalu lorong ni, terus tanya ada apa nak tolong tak.

“Mak cik ni cakap minta tolong bersihkan rumah dia. kemudian, kami terus stop kemaskan,” ujarnya.

Perkongsian itu mendapat reaksi positif daripada orang ramai yang turut meluahkan rasa sebak malah ada juga yang meminta untuk dikongsikan alamat warga emas itu untuk diberi bantuan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here