Nafi kutip derma, ada pihak kaut untung atas nama ‘Abang Viva’

0
564

TERKEJUT selepas mendapat tahu ada pihak menyamar dan tumpang populariti namanya, Azwan Omar atau lebih dikenali dengan panggilan viralnya, Abang Viva memberi amaran kepada pihak yang cuba meminta duit dan mengumpul dana di atas namanya.

Menerusi sebuah hantaran di laman Facebook peribadi, Azwan, 29, berkata beliau mendapat maklumat bahawa ada pihak yang menggunakan nama ‘Abang Viva’ untuk mendapatkan bantuan derma banjir.

“Hari ini ada hamba Allah mengatakan kepada saya ada seseorang yang menggunakan nama saya untuk mengaut keuntungan.

“Sejujurnya saya tidak pernah melantik pembantu peribadi atau orang tengah jika ingin dihubungi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook semalam.

Anak kelahiran Alor Gajah, Melaka yang menjadi hero rakyat Malaysia kerana kemuliaan hatinya membantu mangsa bencana banjir di beberapa negara ini menegaskan bahawa dia tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk perkhidmatan beliau dalam membantu mangsa banjir.

“Saya juga tidak pernah menggenakan apa-apa bayaran untuk khidmat apatah lagi jika ingin bercakap dengan saya semata-mata.

“Di sini saya sertakan nombor telefon jika ingin menghubungi saya, mohon maaf jika terlambat atau tidak menjawab panggilan kerana mungkin sedang bekerja,” ujarnya.

Baca berita berkaitan: Abang Viva viral masih bujang, jaga dua anak saudara

Meski tidak pernah mengumpul dana atau meminta duit daripada orang ramai, Azwan mengaku tetap menerima banyak sumbangan daripada individu persendirian atau agensi bukan kerajaan yang terserempak dengannya sewaktu misi menyelamat dijalankan. – SB 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here