Hampir 50 peratus rampasan dadah di Kelantan babitkan 4 jajahan

0
429

HAMPIR 50 peratus rampasan dadah di Kelantan dari awal Januari hingga semalam, berlaku di empat jajahan yang bersempadan dengan negara jiran, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Beliau berkata daripada 9,678 kes yang direkodkan sebanyak 4,719 kes dilakukan di Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Jeli.

“Jumlah keseluruhan rampasan pelbagai jenis dadah di empat jajahan tersebut adalah kira-kira RM37.1 juta dengan 6,048 orang ditahan.

“Antara jenis dadah yang paling banyak dirampas adalah syabu, pil kuda, heroin dan ‘heroin base’ (yang akan diproses semula). Kesemua kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis Kelantan akan memperketatkan kawalan dengan lebih agresif di kawasan yang dikenal pasti bagi menggelak bekalan dadah bolos ke daerah atau negeri lain.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here