[VIDEO] Bersalin dalam banjir, sebak dengan suara bayi menangis

0
475

SETELAH beberapa hari bencana banjir berlaku, pelbagai kisah dan keperitan yang dikongsikan oleh mangsa-mangsa banjir telah kita dengari seperti terperangkap tidak dapat bekalan makanan, berada di bumbung untuk menyelamatkan nyawa dan sebagainya.

Namun, satu video yang tular di media sosial menunjukkan seorang wanita yang terperangkap dan dikatakan bersalin dalam keadaan serba kekurangan disebabkan kawasan rumahnya ditenggelami air benar-benar menyentuh hati orang ramai.

Menerusi video berdurasi 27 saat yang dikongsikan seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ain Fatin Lyana, dapat dilihat seorang wanita dan bayinya meminta tolong jiran-jiran menyelamatkan mereka.

Dalam video tersebut, dapat didengari suara tangisan bayi dan jeritan meminta tolong seorang wanita.

Jiran tetangga yang berada di kawasan sekitar itu telah berganding bahu membantu walaupun hakikatnya ia mengundang bahaya kerana air pada waktu itu agak tinggi mencecah paras leher.

Turut kelihatan ada yang terus segera memanjat tembok pagar dan meredah banjir untuk membantu apa yang patut.

Difahamkan ibu dan bayi selamat walaupun melalui detik yang sangat sukar dalam keadaan tidak selesa dan kesejukan.

Sementara itu, perkongsian yang dibuat oleh @tutynooramalina di TikTok turut memaklumkan ibu dan bayi itu kedua-duanya berada dalam keadaan yang baik.

Orang ramai turut bersimpati dan mendoakan urusan ibu dan anak ini terus dipermudahkan Allah dan tiada sebarang masalah selepas ini.

“Allahuakbar…tak boleh bayangkan..getirnya perasaan si ibu. Dalam hospital pun gementar inikan pulak berdepan keadaan macam ni. Semoga Allah anugerahkan rezeki yang melimpah ruah buat mereka selepas ini,” kata Kakngah Lina.

“Allahuakbar.. semoga slmt keduanya ibu dan anak.. dipermudahkan segala urusannya.” kata Lina Azlina.

“Ya Allah sedihnya..semoga dipermudahkan urusan ibu dan anak serta semua yang terlibat dalam banjir,” kata Echa Aisya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here