Tiga rentung, 44 cedera kilang penapis minyak terbakar

0
361

TIGA rentung manakala 44 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah kilang penapis minyak, Haldia Oil Corporation, terletak di 136 kilometer dari bandar Kolkata, India.

Menteri Petroleum Hardeep Singh Puri berkata pihaknya telah mengarahkan siasatan dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kejadian. 

Kebakaran berlaku pada Selasa petang ketika kerja-kerja penyelenggaraan di sebuah unit sedang dijalankan, menurut syarikat itu.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here