Amaran ribut petir di 5 negeri di Semenanjung – MetMalaysia

0
294

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku di tujuh buah negeri di Semenanjung Malaysia.

Amaran tersebut dikeluarkan pada pukul 1.40 pagi Rabu dan telah dimuatnaikkan di laman sesawang jabatan tersebut.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan-kawasan berikut – 

(I) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri –

Perak (Manjung)
Pahang (Bentong)
Selangor (Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat)
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Negeri Sembilan (Jelebu)

Keadaan cuaca ini dijangka berlaku sehingga 5 pagi Rabu, 22 Disember 2021.

II) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri –

Perak (Perak Tengah)
Pahang (Jerantut)
Negeri Sembilan (Seremban dan Kuala Pilah)

Keadaan cuaca ini dijangka berlaku sehingga 4 pagi Rabu, 22 Disember 2021.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here