Terowong SMART kembali dibuka

TEROWONG Lebuhraya SMART dibuka semula kepada laluan trafik bermula 11.10 pagi hari ini selepas keseluruhan kerja pembersihan selesai. 

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) berkata, proses pemeriksaan dan rektifikasi mekanikal serta elektrikal juga dijalankan bagi memastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum laluan dibuka semula.

Pasukan serta Pengurusan Terowong SMART akan terus memantau keperluan Operasi SMART dan memastikan tahap kesiapsiagaan pasukan mereka berada dalam keadaan terbaik untuk sebarang kemungkinan keperluan operasinya pada setiap masa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terowong itu ditutup pada Sabtu lalu bagi memastikan pengaliran air akibat hujan lebat yang mengakibatkan banyak kwasan dilanda banjir. – SB