[VIDEO] PN, PH tak mungkin bersama PRU-15, kata Muhyiddin

0
819

PERIKATAN Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak akan bersama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, PH dalam keadaan mempunyai banyak perbezaan dengan PN yang tidak memungkinkan kedua-dua parti itu bersama menentang Barisan Nasional (BN).

“Bukan kita tak suka perpaduan cuma ada banyak perbezaan yang ketara.

“Saya juga ada pengalaman di situ sebab itu kita buat keputusan untuk meninggalkan PH,” katanya pada sidang media selepas memberi ucapan dasar Presiden Parti di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2021 pada Ahad.

Muhyiddin ditanya kenyataan Bekas Ketua Menteri Melaka, Idris Haron yang mencadangkan PN dan PH bersama menentang BN dalam PRU-15 akan datang.

Tambah beliau, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan PN tidak boleh berkerjasama dengan PH, antaranya ialah  salah satu parti di bawah PH dilihat sebagai tidak ‘Pro-Melayu’ dan ada juga yang mempertikaikan hak dan sebagainya.

“Sebab itu saya fikir perkara itu tidak boleh berlaku kecuali ada rombakan besar dalam PH yang menyebabkan kita boleh berfikir balik tapi setakat ini saya rasa tidak.” jelasnya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here