PRN Sarawak: 1,207 pusat mengundi ditutup 2 setakat petang

0
290

SEBANYAK 1,207 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 telah ditutup setakat 2 petang ini.

Berdasarkan senarai pusat mengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, sebanyak 189 ditutup seawal 11 pagi diikuti 559 lagi pada 12 tengah hari.

Menjelang 1 tengah hari, sejumlah 243 pusat mengundi ditutup manakala 216 lagi ditutup sejam kemudian. 

Secara keseluruhan, sebanyak 1,866 pusat mengundi membabitkan 3,555 saluran telah dibuka sejak 7.30 pagi.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here