Gempa bumi 5.6 skala richter landa Banda, Indonesia

0
429

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan satu kejadian gempa bumi sederhana dilaporkan berlaku di Laut Banda, Indonesia kira-kira pukul 12.26 tengah hari, pada Khamis.

Menurut MetMalaysia, gempa bumi berukuran 5.6 skala richter itu dilaporkan berlaku pada jarak 404 kilometer (km) Selatan dari Ambon.

“Selain itu, pusat gempa bumi tersebut terletak 7.3 darjah Selatan dan 128.7 darjah Timur dengan kedalaman 24 km .

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Manakala pada pagi Khamis, gempa bumi sederhana berukuran 5.0 skala richer turut dilaporkan di kawasan Jawa, Indonesia. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here