PRN Sarawak: 83% telah buang undi setakat 2 petang

0
236
(Gambar hiasan)

SEJUMLAH 83 peratus anggota keselamatan dan pasangan telah keluar mengundi awal menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak setakat pukul 2 petang Selasa.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah itu dicatatkan sehingga pukul 2 petang, selepas pusat mengundi awal dibuka bermula 7.30 pagi.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan isteri, Puan Sri Zainuriah Mustapha antara yang terawal melaksanakan tanggungjawab mengundi di hari pengundian awal PRN12 di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang di Kota Samarahan.

Antara yang turut mengundi awal di lokasi sama adalah Panglima Medan Timur Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad dan isteri, Datin Sdafra’ Ahmad, serta Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa dan isteri Datin Norziati Othman.

Selain itu Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata antara yang mengundi di Dewan Pahlawan Ibu Pejabat Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak, Batu Kawa di sini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here