[VIDEO] Gempa bumi bermagnitud 7.6 Richter gegar Indonesia

0
421

GEMPA bumi kuat berukuran 7.6 skala Richter melanda timur Indonesia hari ini.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berlaku pada kedalaman 76 kilometer di Laut Flores.

Pusat gempa terletak di utara Pulau Flores di wilayah Nusa Tenggara Timur yang mana gempa itu mencetuskan ketakutan selepas melanda pada 10.20 pagi (11.20 pagi waktu Malaysia).

Tiada kerosakan teruk atau kematian dilaporkan dari kawasan di mana gempa itu dirasai, tetapi pihak berkuasa menggesa penduduk mengambil langkah berhati-hati.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik menyatakan gempa bumi itu boleh mencetuskan ombak tsunami yang berbahaya.

Gempa bumi itu berlaku di Laut Flores pada kedalaman 18.5 kilometer, kata USGS, mengesan pusat gempa sekitar 100 kilometer di utara bandar Maumere.

Menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik gempa itu tidak lagi menimbulkan ancaman tsunami selepas memberi amaran awal bahawa ombak seperti itu mungkin berlaku dalam radius 1,000 km dari pusat gempa.

Indonesia sering mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik.

Antara rentetan gempa yang membawa maut di Indonesia ialah gegaran bermagnitud 9.1 pada 2004 yang melanda pantai Sumatera dan mencetuskan tsunami yang mengorbankan 220,000 di seluruh rantau ini, termasuk kira-kira 170,000 di Indonesia.

Pada 2018, gempa bumi kuat menggegarkan pulau Lombok dan beberapa lagi gegaran menyusul dalam beberapa minggu selepas itu mengorbankan lebih 550 orang di pulau percutian dan Sumbawa yang berjiran.

Pada akhir tahun itu, gempa bumi 7.5 magnitud dan tsunami berikutnya di Palu di pulau Sulawesi menyebabkan lebih 4,300 orang terkorban atau hilang. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here