[VIDEO] Lagi kes lawan arus, kali ini di Jambatan Pulau Pinang

0
417

APA sudah jadi? Memandu lawan arus seperti sudah jadi amalan biasa di negara ini.

Satu lagi kejadian ‘aneh’ itu berlaku di Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 5 pagi sehingga menyebabkan kemalangan sebuah kereta.

Menerusi satu rakaman video papan pemuka sebuah kenderaan orang awam, dapat dilihat sebuah kereta dipercayai jenis Honda City terlibat dalam kemalangan selepas cuba mengelak van yang dipandu secara melawan arus itu.

Van yang memandu melawan arus itu memandu di lorong tengah jalan manakala Honda City itu memandu di lorong kanan jalan.

Keadaan trafik di jalan itu kelihatan masih dalam keadaan lengang.

Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut berhubung keadaan mangsa yang berada di dalam kereta tersebut. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here