Hampir 31 orang lemas dalam kemalangan bas di Kenya

0
641

SEKURANG-KURANGNYA 31 orang lemas pada hujung minggu apabila sebuah bas dalam perjalanan ke majlis perkahwinan dihanyutkan air sungai yang deras ketika cuba menyeberang sungai yang dilimpahi air di Kenya.

Gabenor Daerah Kitui Charity Ngilu berkata pemandu bas berkenaan cuba meredah Sungai Enziu yang mengalir deras, kira-kira 200 kilometer (125 batu) timur ibu negara Nairobi, apabila kenderaan itu terbalik dan tenggelam, lapor Agensi Anadolu memetik laporan media tempatan.

Ngilu mengatakan 31 mayat sudah ditemui setakat ini semasa usaha menyelamat.

Dua belas orang berjaya menyelamatkan diri daripada lemas, termasuk empat kanak-kanak, katanya.

“Ia benar-benar menyedihkan. Kita kehilangan banyak nyawa.”

Ngilu berkata usaha mencari dan menyelamat diteruskan di wilayah itu tetapi menjangkakan jumlah kematian mungkin bertambah.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here