Dapat mimpi, bapa Vanessa Angel mahu pindah kubur anak

0
770

SELEPAS sebulan selepas kematian Vanessa Angel dan suaminya Febri Andriansyah, bapa kepada wanita ini mengejutkan umum apabila mahu memindahkan kubur anaknya itu.

Menurut Doddy Sudarjat, dia hanya mahu menunaikan hasrat yang dipesan oleh anak perempuannya itu sebelum meninggal dunia untuk disemadikan di kawasan kubur arwah ibunya.

Dia juga menyatakan siap dengan segala risikonya apabila memindahkan kubur Vanessa pada masa mendatang.

“Harus diambil risikonya. Apa pun yang terjadi kubur harus dipindah. Keputusan sudah final. Ini wasiat harus saya jalankan amanat itu,” kata Doddy seperti diberitakan media tempatan di sana.

Pun begitu, untuk memindahkan kubur Vanessa bukanlah satu perkara yang murah memandangkan suaminya turut dikebumikan dalam satu liang.

Sudah tentu, permintaan Doddy menuai perdebatan hangat bukan sahaja kepada ahli keluarga tetapi juga masyarakat di sana.

Tidak cukup dengan itu, Doddy mendakwa mendapat pesanan daripada anaknya melalui mimpi.

“Dalam mimpi tersebut, Vanessa memberitahu dia mahu dikebumikan dalam kubur yang sama dengan ibunya. Permintaan Vanessa memang begitu dan saya sudah sampaikan.

“Dari dahulu lagi saya mahu Vanessa dikebumikan bersama ibunya, apatah lagi bermimpi tentang perkara itu, katanya yang bertegas akan melakukan perkara terebut sedikit masa lagi.

Ditanya mengapa dia tidak melakukan hal itu ketika mahu mengebumikan anaknya dahulu, Doddy menjelaskan yang dia menghormati keluarga menantunya itu.

Mereka mahu kedua-dua suami isteri ini dikuburkan dalam satu liang mana kala dia pula mahu ‘menyimpan’ Vanessa di sebelah ibunya.

Pasangan tersebut meninggal dunia dalam satu kemalangan di Surabaya dan mereka meninggalkan seorang anak, Gala Sky. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here