Omicron: Kempen vaksinasi lebih agresif untuk kekang penularan

0
473

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Jumaat berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan kempen vaksinasi yang lebih agresif bagi memastikan mereka yang masih belum menerima dos primer untuk mendapatkan dos primer mereka.

Baca berita berkaitan: Pengembara dari negara berisiko tinggi dipakai peranti pengesan

Tambahnya, KKM juga akan memantau kumpulan perkerja-perkerja asing dengan kerjasama NGO dan agensi-agensi lain demi memastikan mereka divaksin.

“Kita juga akan memperhebatkan lagi kempen atau pun program pemberian dos penggalak melalui penambahan kapasiti yang saya telah umumkan sebelum ini,

“Kempen-kempen kesedaran juga akan dianjurkan untuk memastikan rakyat tahu betapa pentingnya mereka menerima dos penggalak,” katanya pada sidang media khas Menteri Kesihatan pada Jumaat.

Menurut beliau, langkah-langkah ini dilaksanakan demi mencegah varian yang dibimbangi, Omicron.

Mengulas lanjut, sekiranya didapati ada keperluan, Khairy mungkin akan membuat pengumuman dari segi status vaksinasi penuh.

“Mungkin golongan-golongan tertentu status vaksinasi penuh itu memerlukan dos penggalak,

“Tapi masih belum ada keputusan lagi, kami masih sedang berbincang dan mungkin akan diumumkan minggu depan,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here