“Saya akan ketawa untuk beberapa tahun akan datang” – TMJ

0
429

PEPATAH Inggeris berbunyi “orang yang ketawa kemudian adalah orang yang ketawa paling kuat” membawa maksud mereka yang tewas pada hari ini satu hari nanti akan kembali menjadi juara.

Mungkin itulah maksud titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam ciapan Twitternya menjawab kata-kata sinis netizen terhadap kekalahan JDT terhadap Kuala Lumpur City (KL City) di final Liga Super pada malam Selasa.

“Kamu boleh bergelak ketawa hari ini atau sementara, tetapi saya akan gelak ketawa untuk beberapa tahun akan datang.

“Esok pagi saya masih Tunku Mahkota Johor. 18 piala dalam lapan tahun. Allah kurniakan saya dengan empat anak dan wonderful isteri. Syukur kerana (kehidupan) saya diberkati,” titah baginda.

Ciapan Tunku Ismail itu dimuaynaik bagi menjawab kutukan seorang netizen di Twitter yang ‘gelak besar’ dan mengutuk JDT sebagai ‘lauk’ selepas kekalahan terhadap KL City.

Baginda dalam ucapannya itu kelihatan tenang dan bersahaja menjawab ‘usikan’ netizen. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here