Malaysia harap Omicron tidak jejas jemaah tunai haji musim depan

0
273

MALAYSIA berharap jangkitan varian baharu COVID-19 iaitu B.1.1.529 yang dikenali sebagai Omicron, tidak akan menjejaskan bakal jemaah dari negara ini untuk menunaikan ibadah haji pada musim depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad turut berharap agar jangkitan varian baharu itu tidak melibatkan rakyat negara ini memandangkan jemaah Malaysia tidak dapat menunaikan ibadat haji pada musim lepas.

“Kita harapkan benda itu (Omicron) tidak melibatkan negara kita,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Inspirasiku Dana Inspirasi Malaysia dan Program Inspirasi Prihatin Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Mutiara Rini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada kerajaan akan mengenakan syarat yang ketat kepada bakal jemaah haji atau sebaliknya susulan terdapat varian baharu COVID-19. 

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Omicron mungkin lebih mudah menular berbanding varian Delta, namun setakat ini belum dipastikan sejauh mana ‘ganasnya’ (virulent) virus itu. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here