Remaja maut kereta bertembung SUV

0
311

SEORANG remaja maut apabila kereta yang dipandunya dipercayai bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Taman Hijau, Sitiawan, Perak, awal pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Nga Hu Chen, 18, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 1.12 pagi.

Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan bertembung menyebabkan pemandu Perodua Myvi tersepit, manakala pemandu Proton X70 mengalami kecederaan dan telah dikeluarkan orang awam,” katanya dalam kenyataan.

Anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here