4,879 kes positif Covid-19

0
228

JUMLAH kes harian Covid-19 merekodkan angka di bawah 5,000 kes buat tiga hari berturut-turut selepas mencatatkan 4,879 kes dalam tempoh 24 jam lepas.

Namun, jumlah terkini meningkat hampir 800 kes berbanding 4,087, semalam sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia kini adalah sebanyak 2,632,782 kes.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 61 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,370 orang daripada 2,622,024 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 15 daripada 61 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here