Polis tahan pasangan lari dari pusat kuarantin

0
269

POLIS Belanda menahan dua individu pada Ahad yang dikatakan telah “melarikan” diri daripada sebuah hotel menempatkan penumpang didapati positif COVID-19 dari Afrika Selatan.

Pihak berkuasa memaklumkan, 13 daripada 61 penumpang dari dua pesawat yang tiba di Lapangan Terbang Schiphol pada Jumaat disahkan positif varian baharu COVID-19, Omicron.

Polis Diraja Marechaussee Belanda di Schiphol telah menahan dua individu yang didapati melarikan diri semasa arahan kuarantin dari sebuah hotel.

Pasangan ini ditahan ketika berada di dalam pesawat yang telah bersedia untuk berlepas.

“Mereka berada dalam pesawat yang bakal berlepas ke Sepanyol pada jam 6 petang (waktu tempatan),” kata jurucakap polis Stan Verberkt memetik laporan AFP.

Pasangan itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa kesihatan untuk tindakan lanjut.

Jurucakap badan itu, Stefanie van Warrdenburg berkata, pasangan tersebut kini sedang menjalani proses kuarantin namun bukan di hotel yang sama sebelum ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here