KPDNHEP Terengganu keluarkan 47 notis kepada peniaga ayam

0
354

SEBANYAK 47 notis pengesahan maklumat (NPMB) telah dikeluarkan kepada peniaga ayam di seluruh Terengganu sehingga 26 November lalu.

Pada masa sama, empat kertas siasatan juga telah dibuka ke atas empat pemborong yang gagal menurunkan harga jualan mereka mengikut kadar ditetapkan.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, daripada jumlah itu (NPMB), 41 notis pemberitahuan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 diberikan kepada peniaga untuk menurunkan harga jualan ayam.

Katanya, harga makanan yang semakin meningkat juga menyebabkan pengeluar menanggung kos yang tinggi dan terpaksa menaikkan harga.

Sementara itu, bagi kenaikan harga sayuran pula, ia dikatakan berpunca daripada kekurangan bekalan akibat kerosakan hasil pertanian pada musim tengkujuh dan pertambahan kos bahan pertanian.

“Kenaikan harga sayuran adalah bersifat sementara dan dijangka akan mengalami penurunan semula,” katanya.

Saharuddin turut menyarankan pengguna agar berbelanja secara bijak dengan memilih premis yang menawarkan barangan pada harga berpatutan di samping merujuk kepada aplikasi Price Catcher yang disediakan KPDNHEP. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here