Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kesihatan makin baik, Zamani Slam tak sabar hiburkan peminat -

Kesihatan makin baik, Zamani Slam tak sabar hiburkan peminat

BERHADAPAN dengan kesakitan tulang belakang yang kronik sehingga membuatkan badannya melengkung antara masalah yang dihadapi oleh Zamani Slam sejak beberapa tahun yang lalu.

Mengakui keadaan tersebut memberikan masalah kepada kesihatannya, dia bagaimanapun mengakui sudah beransur pulih dan semakin baik.

“Memang betul masalah tulang belakang ni bukan sahaja mengganggu fizikal saya tetapi juga memberikan kesan kepada kemampuan untuk menyanyi.

“Alhamdulillah, menerusi hasil rawatan berterusan termasuklah dengan menggunakan katil yang sesuai, semuanya saya semakin baik.

“Sebab itu saya yakin untuk mengadakan konsert pada tahun hadapan,” katanya ketika ditemui sempena sidang media Konsert Mentari Muncul Lagi baru-baru ini.

Konsert terebut bakal diadakan pada 12 Februari 2022 bersama anggota Slam yang lain.

Bagi yang mengikuti perkembangan penyanyi ini, dia sebenarnya menghidap penyakit skoliosis yang biasanya mengakibatkan tulang belakang melengkung.

“Saya sebenarnya tidak mahu faktor kesihatan dijadikan alasan untuk kami tidak memberikan yang terbaik buat peminat.

“Kalau boleh saya mahu tutup buku terus mengenai masalah kesihatan ini dan beri fokus sepenuhnya untuk persediaan dan ketika konsert itu nanti,” katanya yang teruja untuk kembali ke pentas konsert.

Bagi mereka yang ingin turut serta, tiket konsert sudah mula dijual bermula RM130 hingga RM700 yang boleh dibeli melalui www.myticket.asia.

Kesihatan makin baik, Zamani Slam tak sabar hiburkan peminat

Berhadapan dengan kesakitan tulang belakang yang kronik sehingga membuatkan badannya melengkung antara masalah yang dihadapi oleh Zamani Slam sejak beberapa tahun yang lalu.

Mengakui keadaan tersebut memberikan masalah kepada kesihatannya, dia bagaimanapun mengakui sudah beransur pulih dan semakin baik.

“Memang betul masalah tulang belakang ni bukan sahaja mengganggu fizikal saya tetapi juga memberikan kesan kepada kemampuan untuk menyanyi.

“Alhamdulillah, menerusi hasil rawatan berterusan termasuklah dengan menggunakan katil yang sesuai, semuanya saya semakin baik.

“Sebab itu saya yakin untuk mengadakan konsert pada tahun hadapan,” katanya ketika ditemui sempena sidang media Konsert Mentari Muncul Lagi baru-baru ini.

Konsert terebut bakal diadakan pada 12 Februari 2022 bersama anggota Slam yang lain.

Bagi yang mengikuti perkembangan penyanyi ini, dia sebenarnya menghidap penyakit skoliosis yang biasanya mengakibatkan tulang belakang melengkung.

“Saya sebenarnya tidak mahu faktor kesihatan dijadikan alasan untuk kami tidak memberikan yang terbaik buat peminat.

“Kalau boleh saya mahu tutup buku terus mengenai masalah kesihatan ini dan beri fokus sepenuhnya untuk persediaan dan ketika konsert itu nanti,” katanya yang teruja untuk kembali ke pentas konsert.

Bagi mereka yang ingin turut serta, tiket konsert sudah mula dijual bermula RM130 hingga RM700 yang boleh dibeli melalui www.myticket.asia. – SB