Gempa bumi berskala 6.0 landa barat Myanmar

0
299

GEMPA bumi berukuran 6.0 magnitud menggegarkan negeri Chin di barat Myanmar pada pagi Jumaat, menurut laporan Jabatan Meteorologi dan Hidrologi negara itu.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian dilaporkan, lapor Xinhua.

Gempa itu berlaku pada 06.15 pagi waktu tempatan (23:45 GMT Khamis) di 8 km timur laut bandar Thantlang di negeri Chin, dan pada pada kedalaman 46 km, kata jabatan itu.

Gegaran dilaporkan turut dirasai di beberapa tempat di Bangladesh, India, Bhutan dan China. – SB
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here