SPR umum keputusan penting PRN Sarawak hari ini

0
491

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) dijangka akan mengumumkan tarikh penting berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, selepas satu mesyuarat khas, hari ini.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh akan mengumumkan keputusan penting berkaitan PRN Sarawak dalam sidang media yang akan berlangsung pada jam 11 pagi di sebuah hotel di Kuching.

SPR akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan PRN Sarawak bermula jam 9 pagi ini berkaitan tarikh penamaan calon, tempoh berkempen, SOP kempen serta hari pengundian.

Sebagai rekod, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan pada 3 November dan satu PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan untuk pembatalan proklamasi darurat di Sarawak dan membolehkan PRN diadakan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here