Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lebih 2.6 juta populasi remaja negara lengkap vaksin -

Lebih 2.6 juta populasi remaja negara lengkap vaksin

SEBANYAK 2,603,148 individu atau 82.7 peratus daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 2,760,656 individu atau 87.7 peratus bagi golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, 22,425,264 individu atau 95.8 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 98 peratus atau 22,936,203 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sebanyak 135,631 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 10,473 suntikan dos lengkap, 5,233 menerima dos pertama dan 119,925 mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,232,576. – BERNAMA