Jumlah pelancong asing ke Malaysia turun 83.4% pada 2020

0
683

KETIBAAN pelancong asing ke Malaysia pada 2020 turun 83.4 peratus (4.3 juta) berbanding 26.1 juta pelancong pada 2019 berikutan penutupan pintu sempadan negara bagi pelancongan selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata, data Tourism Malaysia mendapati penjanaan pendapatan daripada pelancong asing juga menyusut akibat pengurangan kehadiran mereka iaitu sebanyak 85.3 peratus dengan nilai RM12.69 bilion pada 2020 berbanding RM86.14 bilion pada 2019.

“Komponen perbelanjaan pelancong pada 2020 yang tertinggi adalah daripada aktiviti membeli-belah iaitu sebanyak RM4.48 bilion, diikuti penginapan berjumlah RM2.96 bilion serta makanan dan minuman dengan jumlah RM1.85 bilion,” menurut MOTAC dalam jawapan yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Khamis.

MOTAC menjawab soalan Noor Amin Ahmad (PH-Kangar) yang ingin tahu jumlah pelancong mengikut jenis produk pelancongan dan anggaran perbelanjaan mereka bagi setiap jenis produk pelancongan itu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here