Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Penghantar kemuka lima resolusi bantu perkerja P-Hailing -

[VIDEO] Penghantar kemuka lima resolusi bantu perkerja P-Hailing

ISU ketidakadilan dan ketindasan yang dihadapi oleh pekerja penghantar makanan sudah menjadi bualan sejak dari dulu lagi namun masih tiada sebarang perubahan ketara yang dapat dilihat.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Rider dakwa ditindas, terima bayaran rendah

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Bukan senang nak jadi ‘rider’, selalu kena marah

Pengerusi Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar), Muhammad Zulhelmi Mansor mahu perkara itu diselesaikan segera dan diberi perhatian serius pihak berkenaan untuk menjaga nasib mereka. 

Katanya, isu utama yang sering dihadapi oleh penghantar makanan adalah daripada aspek kadar bayaran, isu keselamatan dan juga permasalahan sistem.

Sehubungan itu, Penghantar telah menyarankan lima resolusi kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam usaha untuk meperjuangkan kebajikan dan keadilan perkerja P-hailing.

Zulhelmi berkata, resolusi itu adalah ringkasan kepada semua isu dan permasalahan yang berlaku untuk dijadikan panduan kepada kerajaan mengkaji isu perlindungan, keselamatan dan pembelaan kumpulan penghantar makanan.

“Resolusi pertama adalah supaya status penghantar P-hailing diiktiraf sebagai perkerja (ekonomi gig) dan dilindungi di bawah akta Akta Kerja 1955,” katanya.

Keduanya, mereka memohon kerajaan mewujudkan peraturan dan badan kawal selia bagi mengawal permasalahan teknikal yang berlaku dalam kalangan penyelia perkhidmatan dan penghantar yang berkaitan sistem kerja, kadar upah, komisen, harga lantai, jarak pesanan dan lain-lain.

“Resolusi ketiga ialah kerajaan harus memastikan kaedah terbaik bagi penyedia perkhidmatan untuk menyediakan perlindungan sosial seperti KWSP dan PERKESO demi kebajikan dan pelindungan penghantar makanan” ujarnya.

Penghantar juga berharap agar kerajaan dapat memberikan bantuan khusus kepada penghantar melalui peruntukkan yang diumumkan pada Bajet 2022 baru-baru ini. 

“Resolusi terakhir adalah mendesak penyedia perkhidmatan supaya menangguhkan penggantungan dan penamatan yang tidak bersalah,” tegasnya.

Mengulas lanjut, katanya beliau juga pernah berbincang dengan syarikat penyelia perkhidmatan bagi mengutarakan isu ketidakadilan yang dibangkitkan, berharap agar syarikat penghantar itu dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.

Beliau juga mengulas mengenai harga siling yang sepatutnya ditetapkan oleh kerajaan kepada semua penghantar makanan iaitu sebanyak RM5 bagi setiap lima kilometer pertama serta tambahan RM1 bagi setiap kilometer seterusnya. 

“Kalau kerajaan tidak mengawal perkara ini, saya percaya banyak lagi masalah berulang yang akan berlaku terutamanya kadar bayaran yang semakin berkurangan,” katanya.

Selain itu, berkaitan dengan isu keselamatan dan insurans, Zulhemi menegaskan, masih ramai penghantar makanan yang tidak jelas mengenai hak perlindungan yang sepatutnya mereka dapat.

“Kerajaan menyediakan SPS lindung iaitu skim keselamatan sosial percuma untuk penghantar makanan, namun apabila kita turun padang bersama PERKESO untuk program semak dan carum, kami dapati masih ramai yang tidak mencarum.” ujarnya.

Beliau juga mencadangkan supaya individu yang mahu bekerja sebagai penghantar makanan,  mereka mesti mencarum dulu dengan PERKESO.

“Seeloknya syarikat penyelia kenalah ada perlindungan untuk penghantar makanan memandangkan tempat kerja mereka adalah di atas jalan raya dan berisiko.” katanya.

Mengulas lanjut, pihaknya berharap agar syarikat penyelia memberi kerjasama dengan mengambil tindakan yang sewajarnya apabila isu-isu ketidakadilan ini dibangkitkan. – SB