Preity Zinta umum dapat bayi kembar selepas menunggu 5 tahun

0
980

SELEPAS lima tahun menunggu untuk menimang cahaya mata, akhirnya pelakon popular Bollywood, Preity Zinta mengumumkan menimang anak kembar menggunakan khidmat ibu tumpang.

Preity dan suaminya, Gene Goodenough bersetuju menamakan pasangan kembar itu sebagai Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough.

“Hai semua, saya ingin berkongsi berita gembira dengan anda,” katanya yang berkahwin dengan Gene pada 29 Februari 2016, selepas bercinta hampir lima tahun.

“Saya dan Gene sangat gembira serta dilimpahi dengan rasa syukur dan kasih sayang dengan mengalu-alukan kehadiran anak kembar kami, Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough dalam keluarga,” katanya yang kini menetap di Amerika Syarikat selepas berkahwin.

Pelakon filem Chori Chori Chupke Chu berkata, mereka berasa sangat teruja dengan fasa baharu dalam hidup dengan kehadiran bayi kembar.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada doktor, jururawat dan pengganti (ibu tumpangan) kami kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini,” tulis Zinta di di akaun Instagram miliknya.

Ruangan komen hantaran tersebut juga dipenuhi ucapan peminat dan juga rakan selebriti termasuk Priyanka Chopra, Dia Mirza, Shilpa Shetty, Madhuri Dixit dan ramai lagi – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here