Kes baharu Covid-19 meningkat kepada 6,288, nilai Rt kini 1.04

0
289

JUMLAH kes baharu COVID-19 merekodkan peningkatan kepada 6,288 hari ini berbanding 5,413 kes semalam, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah itu sebanyak 98 peratus atau 6,163 kes adalah daripada kategori satu dan dua, manakala 125 kes atau dua peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

Berdasarkan kes yang dilaporkan juga, beliau memaklumkan nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kini mencatatkan angka 1.04, dengan Putrajaya mencapai Rt tertinggi iaitu 1.15 diikuti Negeri Sembilan (1.06) dan Kuala Lumpur serta Selangor masing-masing 1.05. 

“Jumlah kes kumulatif COVID-19 kini 2,563,153. Bagi kes sembuh pula, sebanyak 4,743 kes dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 2,466,523 kes. 

“Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) ialah 536 kes, dengan  251 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata lapan lagi kluster baharu dikenal pasti, menjadikan jumlah kluster aktif kini 247. 

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here