Allahyarham Kapten Mohamad Affendi akan dikebumikan di Pahang

0
244

JENAZAH juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang maut dalam insiden pesawat Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara TUDM Butterworth selesai dibedah siasat.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya di Bandar Muadzam Shah, Pahang pada Rabu selepas ini.

Juga dimaklumkan, Solat jenazah akan didirikan di Masjid Utama Muadzam Shah.

Proses bedah siasat Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy dilakukan di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya di sini kira-kira jam 9 pagi ini.

Selain Affendi, seorang lagi anggota TUDM, Mejar Mohd. Fareez Omar juga terlibat dalam nahas berkenaan.

Mohd. Fareez dilaporkan mengalami kecederaan dan kini berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

TUDM berkata, nahas di Pangkalan Udara Butterworth, itu berlaku kira-kira 10.07 malam pada Selasa ketika kedua-dua juruterbang itu sedang menjalani latihan penerbangan malam. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here