Anak gajah dipotong belalai selepas terkena perangkap

0
211

SEEKOR anak gajah akan cacat seumur hidup selepas belalainya terpaksa dipotong akibat terkena perangkap pemburu haram di Indonesia.

Haiwan itu diselamatkan selepas dipercayai terkena perangkap yang dipasang pemburu gading di sebuah hutan di kepulauan Sumatera.

Anak gajah malang itu sebelum ini ditemui dalam keadaan lemah selepas ditinggalkan kumpulannya, kata pihak berkuasa pada Isnin.

Anak gajah betina itu terdiri daripada spesis gajah Sumatra, berusia satu tahun dan antara 700 gajah Sumatra liar yang terdapat di kepulauan tersebut.

Kegiatan pemburu haram semakin meningkat selepas ramai terkesan akibat COVID-19 sehingga memaksa mereka kembali melakukan aktiviti tidak berperikemanusiaan itu.

Kesatuan antarabangsa bagi pemuliharaan alam antarabangsa telah mengistiharkan gajah Sumatera spesis ‘terancam’ kepada ‘semakin terancam’. -SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here