Fathul Bari dilantik Pengerusi PR1MA yang baharu

0
458

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

PERBADANAN PR1MA Malaysia (PR1MA) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya sebagai Pengerusi yang baharu berkuat kuasa 12 November lalu menggantikan Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

Dr. Fathul Bari memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Hadis dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau memiliki pengalaman yang luas dalam sektor korporat antaranya sebagai Pengerusi Dewan Perniagaan Industri Malaysia-Asia Barat (MyMEC) sejak 2017 dan Pengerusi Eksekutif Prime Care Medical Center Sdn. Bhd. sejak 2021,

Ini termasuk sebagai Ahli Jawatankuasa Pengurusan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sejak 2020 serta Ahli Lembaga Pengurusan (ALP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak 2020.

Terkini, beliau dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa (IKAF) selain terlibat aktiviti sosial dan kemasyarakatan.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Mohd. Nazri Md. Shariff mengucapkan tahnah atas pelantikan tersebut.

“Dengan pelantikan ini, kami di PR1MA yakin dan optimis bahawa Datuk Dr. Fathul Bari akan memacu perkembangan PR1MA yang kini pada landasan kukuh selari dengan misi yang dimandatkan.

“Khususnya menyediakan kediaman mampu milik dan berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia berpendapatan pertengahan,” katanya dalam satu yang kenyataan dikeluarkan PR1MA, hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here