Pelakon dan pengacara kontroversi, Janna Nick muncul sebagai Bintang Paling Popular sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH34) yang berlangsung Sabtu.
Mendapat undian sebanyak 86,374,777 undian, Janna mengenepikan beberapa nama lain yang disebut-sebut bakal mengungguli trofi yang menjadi idaman para selebriti tanah air.
Selain memenangi kategori berkenaan, Janna turut merangkul trofi Pengacara TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular kali ini.
Sementara itu, penyanyi Haqiem Rusli juga membawa pulang trofi kategori Penyanyi Lelaki Popular sementara Siti Nordiana pula dalam kategori Penyanyi Wanita popular mengenepikan calon-calon yang lain.
Siti Nordiana turut membawa pulang Artis Versatile Popular sementara Ejen Ali diangkat dalam kategori Watak Animasi Popular.
Penulis lirik terkenal, Datuk Habsah Hassan turut diberikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di atas sumbangan dan jasa yang diberikan kepada industri sejak puluhan tahun yang lalu.
Acara ABPBH 34 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dihoskan oleh Sherry Alhadad.
Senarai Pemenang ABPBH 34
Artis Baharu Wanita Popular – Dolla
Artis Baharu Lelaki Popular – Dinie Rashid
Pelakon Antagonis Popular – Liza Abdullah
Pengacara TV Popular – Janna Nick
Penyampai Radio Popular – DJ Lin
Artis Komedi Popular – Asif Suhaimi
Artis Berkolabirasi/Duo Berkumpulan – Aina Abdul & Khai Bahar
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Habsah Hassan
Watak Animasi Popular – Ejen Ali
Artis Versatile Popular – Siti Nordiana
Pelakon Filem Wanita Popular – Janna Nick
Pelakon Filem Lelaki Popular – Fattah Amin
Penyanyi Wanita Popular – Siti Nordiana
Penyanyi Lelaki Popular – Haqiem Rusli
Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha
Pelakon TV Lelaki Popular – Ben Amir
Bintang Paling Popular – Janna Nick
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.