PRN Sarawak: mesyuarat khas SPR pada 24 November

0
277

MESYUARAT Khas berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN Sarawak) ke-12 akan diadakan pada Rabu, 24 November 2021.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan mesyuarat akan bermula pukul 9.00 pagi, di Kuching, Sarawak.

Mesyuarat Khas yang bakal dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Sarawak seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain.

Mesyuarat akan disusuli satu sidang media khas bagi mengumumkan tarikh-tarikh berkenaan dan perkara-perkara berkaitan.

DUN Sarawak terbubar secara rasmi pada 3 november lalu selepas penarikan proklamasi darurat di negeri itu oleh Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Susulan itu PRN Sarawak perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh proklamasi darurat dibatalkan atau diungkaikan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here