[VIDEO] Atasi masalah banjir antara janji calon PN DUN Kesidang

0
521

MASALAH banjir yang kerap berlaku di beberapa kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang akan menjadi antara tumpuan calon Perikatan Nasional (PN), Patrick Ng Chin Kae, sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Patrick Ng berkata, satu penyelesaian komprehensif perlu ada bagi mengatasi masalah yang telah lama membelenggu penduduk setempat.

“Kalau saya jadi wakil rakyat di DUN Kesidang, saya akan tolong rakyat kerana kawasan itu sentiasa dilanda banjir.

“Saya harap saya boleh membantu untuk menambah baik sistem perairan bagi mengurangkan kejadian banjir di kawasan itu,” kata Patrick Ng ketika ditemui SatuBerita.

Sementara itu, beliau mengakui pengorbanan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dalam membantu rakyat saat negara dilanda pandemik Covid-19 adalah antara faktor kenapa rakyat Melaka harus memilih parti PN pada PRN Melaka akan datang.

“Abah (Muhyiddin) banyak tolong rakyat, seperti program PRIHATIN dan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Saya rasa ini cukup menunjukkan kerajaan PN sebelum ini merupakan kerajaan yang prihatin terhadap rakyat,” ujarnya.

Patrick Ng bakal berdepan dengan calon daripada Barisan Nasional (BN), Leong Hui dan calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang kerusi DUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin pada PRN Melaka kali ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here