5,403 kes positif Covid-19 hari ini

0
399

JUMLAH kes baharu COVID-19 sekali lagi mencatatkan peningkatan berbanding semalam apabila sebanyak 5,403 kes dilaporkan untuk tempoh 24 jam lalu.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia kini sebanyak 2,516,255 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar kematian merekodkan pertambahan sebanyak 58 kes berdasarkan data COVIDNOW setakat semalam.

Manakala jumlah kumulatif bagi kes kematian setakat ini adalah sebanyak 29,349 kes.

Berdasarkan data daripada COVIDNOW yang dikemaskini setakat tengah malam Isnin, Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini menempatkan seramai 534 pesakit.

Daripada jumlah itu, sebanyak 263 kes memerlukan bantuan pernafasan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here