Mahkamah Tinggi Singapura benarkan penangguhan hukuman mati warga Malaysia

0
455

MAHKAMAH Tinggi Singapura hari ini membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap seorang warga Malaysia yang sepatutnya menjalani hukuman gantung pada Rabu (10 November) atas sabitan mengedar dadah.

Keputusan itu dimuatnaik di Facebook oleh M. Ravi, peguam kepada lelaki yang dihukum mati iaitu Nagaentran K Dharmalingam, 33.

“Mahkamah Tinggi baru sahaja memerintahkan penangguhan pelaksanaan sementara menunggu perbicaraan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya.

Prosiding bagi permohonan mencabar pelaksanaan penghakiman didengar melalui aplikasi zoom hari ini, dua hari sebelum tarikh pelaksanaan hukuman gantung pada 10 November.

Terdahulu, Nagaentran ditahan pada 2009 kerana membawa masuk 42.7 gram (1.5 aun) heroin ke Singapura. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here