Fenomena air pasang besar: 70 penduduk dipindahkan

0
256

FENOMENA air pasang besar malam tadi menyebabkan 70 penduduk daripada 21 keluarga di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Panchor, Pantai Remis, Perak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Panchor.

Pusat pemindahan itu dibuka pada jam 8 malam selepas rumah penduduk dinaiki air.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Manjung berkata, mangsa membabitkan 26 lelaki termasuk enam warga emas dan 25 wanita termasuk lapan warga emas serta lapan kanak-kanak lelaki dan 11 kanak-kanak perempuan. 

“Paras ketinggian air adalah 0.2 meter (m) dan cuaca di lokasi dalam keadaan mendung, namun keadaan baik serta terkawal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Fenomena air pasang besar turut menjejaskan beberapa kawasan di Bagan Datuk dan Teluk Intan sejak Rabu lalu akibat limpahan daripada air Sungai Perak. 

Penempatan penduduk di beberapa kawasan di dua daerah berkenaan dinaiki air, namun ia surut selepas beberapa jam dan setakat ini juga tiada penduduk diarah berpindah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here