PKPD Ladang Sime Darby Bukit Puteri mulai Sabtu

0
270

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Ladang Sime Darby Bukit Puteri, Mukim Batu Yon 1, Lipis, Pahang mulai 6 hingga 19 November ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad dalam kenyataan berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti berkenaan.

SOP (prosedur operasi standard) bagi lokaliti PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya. 

Dalam pada itu, Rodzi berkata tiada lanjutan atau penamatan bagi mana-mana PKPD di seluruh negara, hari ini. 

– BERNAMA


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here