[VIDEO] Tersalah isi minyak diesel, tuang atas jalan dikecam orang ramai

0
466

SEJAK rentas negeri dibenarkan, ada sahaja aktiviti berkonvoi tidak kira kereta mahupun motor yang menuju ke lokasi-lokasi tumpuan tidak kira di bahagian utara atau selatan negara.

BACA BERITA BERKAITAN:[VIDEO] Tak semua ‘mat motor’ nakal

Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang pengguna TikTok yang telah berkongsi satu video di mana semasa berkonvoi dengan rakan-rakannya, mereka terpaksa mengangkat dan menuang minyak keluar daripada sebuah motosikal. 

Menurut lelaki berkenaan, mereka berbuat sedemikian setelah rakannya telah tersalah memasukkan minyak jenis diesel ke dalam tangki motosikal sendiri.

Bagaimanapun, tindakan mereka menuang minyak diesel ke atas jalan raya telah dikecam oleh orang ramai kerana tindakan mereka itu akan merosakkan permukaan tar yang akan mengakibatkan jalan mula merekah dan berlubang. 

“Kalau buang tepi jalan gitu, bahaya sungguh. Minyak diesel ni ada sabun khas dia kalau nak hilangkan, basuh pakai air pun tak hilang licin tu.” kata Mory di Tiktok.

 “Buat hal la. Tapi nasihat sikit, jangan la buang kat atas jalan, kesian kalau orang kemalangan.” kata Chef Ibaidullah

Rata-rata orang ramai mengecam tindakan mereka kerana ianya boleh membahayakan pengguna jalan raya lain yang lalu atas jalan tersebut. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here