[VIDEO] Polis trafik bantu tolak kereta rosak

0
338

BIARPUN sibuk menjalankan tugas hakiki mengawal lalulintas namun ia tidak menghalang polis membantu orang ramai yang berada dalam kesusahan.

Menerusi video yang dimuatnaik di Facebook oleh Jabatan Siasatan dan Pengkuatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Kedah, tindakan spontan tiga anggota polis trafik itu membuktikan  nilai-nilai murni keprihatinan terhadap masyarakat.

Polis trafik berkenaan merupakan Inspektor Douglas, Korporal Maiwira dan Korporal Norizan daripada pasukan JSPT IPK Kedah, yang sedang menjalankan Rondaan Pemantauan Cegah Kemalangan (RCK) di Lebuh Raya Sultan Abdul Halim.

Kereta jenis Perodua Kenari tersebut mengalami kerosakan di simpang lampu isyarat berdekatan dengan lebuh raya berkenaan.

Pasukan JSPT berkenaan juga telah mengawal lalulintas dan menolak kenderaan tersebut ke tempat yang lebih selamat.

Rata-rata pengguna Facebook juga sempat memuji tindakan anggota-anggota polis tersebut yang melaksanakan tanggungjawab demi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat.

“Terbaik lah PDRM, moga Allah permudahkan segala urusan, amin,” kata Hana Zai.

“Syabas Tuan Insp Douglas dan pasukan,” kata Rosnah Mat Radzi. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here