Lebih 80,000 ditahan terbabit kes judi – Bukit Aman

0
283

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan 81,442 individu di seluruh negara yang disyaki terlibat dengan pelbagai kes perjudian bagi tempoh 2019 hingga 31 Okt lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, dalam tempoh yang sama juga, PDRM turut merampas wang tunai lebih RM24 juta dalam serbuan bagi membanteras kegiatan perjudian tanpa lesen.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Siapa punya kerja ni? Paku bertaburan di simpang Cheras Jaya bahayakan pengguna

Beliau berkata PDRM juga turut menyerbu premis loteri awam tanpa lesen yang serbuan tertinggi melibatkan sebanyak 11,491 serbuan pada 2019, bagi 2020 sebanyak 8,324 serbuan  dan 9,561 serbuan pada tahun ini.

“Dalam hal ini, PDRM turut memeriksa premis-premis perjudian yang dilesenkan oleh Kementerian Kewangan dan hasil pemantauan pihak kami mendapati operator judi berlesen mematuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan.

“Berdasarkan rekod terdapat 161 operator perjudian berlesen melibatkan sebuah kasino, 72 kelab syarikat dan 88 kelab persatuan,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here