10 tahun garap skrip Squid Game

Ditolak penerbit, terhenti sebab masalah kewangan antara cabaran dihadapi Pengarah Squid Game

0
669

SIRI Korea ‘Squid Game’ di Netflix menjadi fenomena selepas mencipta nama di seluruh dunia.

Walaupun menjadi siri terbesar di Netflix setakat ini, namun pengarah siri itu, Hwang Dong-hyuk mengakui bahawa dia tidak mendapat sebarang keuntungan yang lebih daripadanya.

Menurut laporan Bloomberg News sebelum ini, ‘Squid Game’ berjaya membawa pulang sebanyak 9 trilion dollar meskipun laman penstriman berkenaan hanya melabur sebanyak 21.4 milion dollar sahaja pada asalnya.

Bukan itu sahaja, ianya ditonton oleh 111 juta penonton dalam masa 17 hari tayangannya dan memecahkan rekod yang dipegang “Bridgerton” sekali gus dinobatkan sebagai siri Netflix yang paling popular dalam sejarah.

Disebalik suka pasti ada duka, walaupun Hwang mengambil masa hampir 10 tahun untuk merangka jalan cerita siri hebat ini, beliau berkata tiada siapa yang mahu bantu menghasilkannya dan ditolak beberapa kali oleh pihak produksi.

Menurutnya, pada asalnya Squid Game ini dibuat sebagai skrip movie, tetapi kerana plot yang kompleks, tidak ada yang mahu bantu menghasilkannya sehingga Netflix memutuskan untuk menyiarkan siri ini.

Pengarah siri hebat itu juga pernah mengalami masalah kewangan ketika membuat skrip untuk siri ‘Squid Game’ malah sanggup menjual laptop peribadinya sehingga terpaksa berhenti menulis skrip buat seketika.

Kata Hwang lagi, skrip cerita ini telah siap pada tahun 2009, tetapi susah untuk ditayangkan kerana tidak ada bajet, malah pihak produksi dan pelakon juga tidak mahu terlibat dalam hasil ilhamnya itu.

Pada waktu itu, Hwang menyatakan bahawa ramai orang anggap cerita itu terlalu ganas, rumit dan tidak boleh ‘masuk’ ke pasaran memandangkan ia tidak sesuai untuk televisyen Korea yang lebih mementingkan nilai kekeluargaan.

Walaupun banyak liku-liku dalam menghasilkan sebuah karya fenomena itu, ia berjaya membuka mata ramai bahawa tidak ada jalan pintas untuk kejayaan.

Untuk Rekod, ‘Squid Game’ adalah drama fantasi gelap mengenai sebuah permainan survival misteri dengan tawaran ganjaran sebanyak 45.6 bilion won (RM163.5 juta) yang dibintangi oleh pelakon popular seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Heo Sung-tae, Wi Ha-joon dan Jung Ho-yeon. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here