[VIDEO] Abah ‘check in’ di Roti Canai Kayu Arang

0
356

PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa menjamu selera di Roti Canai Kayu Arang, Kampung Bakar Batu, Melaka, semalam.

Beliau tiba kira-kira pukul 12 tengah hari di warung terkenal itu dan disambut baik oleh pelanggan-pelanggan serta peniaga di situ.

Menerusi satu video yang dimuatnaik @abahmy di aplikasi TikTok, dapat dilihat beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) sempat beramah mesra bersama penebar roti canai di situ.

Warung tersebut merupakan antara tempat menjamu selera yang wajib dikunjungi dalam kalangan pengunjung dalam negeri, mahupun luar negeri.

Bagaimanapun, rata-rata pengguna TikTok terharu akan kunjungan ‘Abah’ yang menganggap beliau sentiasa tersemat dalam hati setiap rakyat.

“Biarpun sekejap je pemerintahannya, tapi tersemat dalam hati setiap rakyat. Semoga Abah terus sihat dilindungi dan dipermudahkan setiap urusan,” kata Ct Jahara Hj Salleh.

“Merendah diri sungguh Abah, semoga Abah sihat selalu, amin,” kata Izzah.

“Bila pemimpin dekat di hati rakyat, dia datang rakyat ada keberanian nak sapa,” kata Hidayah Idris. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here