Sesi sekolah bersemuka bermula hari ini

0
630

SESI persekolahan secara bersemuka di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka bermula hari ini berdasarjab peralihan ke Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 18 Oktober lalu.

Operasi institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membabitkan kemasukan bagi murid tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) sekolah rendah, serta murid tingkatan 3 dan 4 sekolah menengah.

Manakala kehadiran murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6) sekolah rendah serta kelas peralihan, tingkatan 1 dan tingkatan 2 sekolah menengah bagi negeri Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur serta Putrajaya akan bermula pada 8 November.

Institusi pendidikan di bawah KPM ini turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah kementerian bagi kategori sekolah dan kategori pusat.

Sesi persekolahan kali ini akan dijalankan dengan kapasiti 50 peratus murid secara penggiliran mingguan bagi pembelajaran bersemuka.

KPM sebelum ini menetapkan jika sesebuah negeri beralih ke fasa seterusnya, pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM mengikut ketetapan fasa baharu akan dilaksanakan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here