[VIDEO] Sakan bawa kekasih bersiar-siar guna kereta Porsche pelanggan, mekanik diculik dalam cubaan samun

0
225

KETIKA sedang sakan membawa kekasihnya bersiar-siar dengan kenderaan mewah milik pelanggannya, seorang mekanik di Brazil, diculik dalam satu cubaan samun setelah penyamun menyangka dia pemilik kenderaan berkenaan.

Rakaman kamera litar tertutup merakam detik dua orang penyamun yang lengkap bersenjata berlari ke arah kereta mewah jenama Porsche dan memaksa mekanik serta kekasihnya untuk keluar dari kenderaan.

Menurut laporan Daily Mail, mekanik yang dikenali sebagai Francisco Rogerio Leandro Ramos pada ketika itu sedang membelok ke satu simpang sebelum dia terpaksa memperlahankan kenderaan apabila satu kereta berwarna putih menghalang laluannya.

Setelah kereta putih itu tidak lagi menghalangnya, Ramos tidak dapat meneruskan perjalanan apabila dua lelaki bersenjata berlari ke arah kereta yang dipandunya.

Menyangkakan Ramos pemilik Porsche mewah yang kaya, salah seorang daripada penyamun berkenaan memasukkan mekanik itu ke salah satu tempat duduk belakang sebelum rakan subahatnya memandu pergi menggunakan Porsche tersebut.

Kenderaan berkenaan dimiliki oleh seorang ahli perniagaan dari bandar Nova Iguancu di Rio de Janeiro, yang meninggalkan Porsche bernilai 65,000 Real Brazil (RM47,759) untuk membaiki sistem stereonya yang rosak.

Mekanik berkenaan dibawa ke satu mesin ATM oleh dua penyamun terbabit di mana dia dipaksa untuk mengeluarkan wang.

Bagaiamanapun, setelah mendapati Ramos tidak mempunyai wang di dalam akaun banknya, barulah dua penyamun itu menyedari bahawa dakwaan Ramos bahawa kenderaan itu bukan miliknya adalah benar.

Mereka kemudian memandu kereta tersebut ke satu kejirananan di Nilopolis di mana mereka meninggalkan Porsche itu dan melepaskan mekanik berkenaan.

Setakat ini masih tiada laporan yang mengatakan polis tempatan menyiasat insiden tersebut atau samada mekanik berkenaan berhadapan dengan sebarang tindakan disiplin.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here