PM ucap takziah kepada keluarga mendiang James Jemut Masing

0
303

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing yang meninggal dunia pagi tadi.

Ismail Sabri dalam kenyataan menyifatkan pemergian Masing sebagai kehilangan besar kepada Sarawak serta negara, selain mendiang adalah pemimpin berjiwa rakyat, berpandangan jauh dan berwibawa.

“Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan semoga diberikan kekuatan serta kesabaran menghadapi saat duka ini,” katanya.

Masing, 72, meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, Petra Jaya, di Sarawak, pada jam 7.05 pagi tadi.

Mendiang yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19, pada 28 September lalu.

Beliau kemudian dipindahkan ke Pusat Perubatan Pakar Normah, minggu lalu, selepas kesihatannya semakin merosot. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here