‘Karen’ dikompaun RM3,000 langgar SOP, tidak pakai pelitup muka

0
396

POLIS mengeluarkan dua kompaun dengan jumlah keseluruhan RM3,000 kepada seorang wanita warga asing yang menimbulkan kekecohan selepas dihalang masuk ke sebuah butik di KLCC baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, wanita itu dikompaun pada Ahad atas dua kesalahan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021.

“Dua kompaun dikeluarkan ke atas individu terbabit yang mana setiap satu kesalahan berjumlah RM1,500.

Kesalahan pertama ialah tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal mendaftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera di kawasan capaian Internet yang luas.

“Manakala kesalahan kedua pula ialah tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal memakai pelitup muka ketika berada di dalam premis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Insiden melibatkan wanita tersebut tular di media sosial baru-baru ini dan warganet menggelar wanita itu sebagai ‘Karen’.

Kebanyakannya tidak senang dengan tindakan wanita itu yang tidak memakai pelitup muka dan menimbulkan kekecohan selepas tidak dibenar masuk ke sebuah butik di KLCC.

Bahkan, dua hari selepas insiden itu, wanita tersebut dikesan bertengkar dengan pihak pengawal apabila cuba memasuki pusat beli-belah Bangsar Shopping Centre (BSC) tanpa memakai pelitup muka.

Perbuatan wanita tersebut yang disifatkan sebagai mementingkan diri sendiri itu berjaya dirakam dan tular di media sosial.

Polis mengesahkan wanita itu adalah orang yang sama dengan kes yang berlaku di KLCC sebelum ini – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here